Articul8 AI Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik dengan AWS bagi Menghasilkan Penyelesaian AI Generatif untuk Perusahaan

Articul8 AI Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik dengan AWS bagi Menghasilkan Penyelesaian AI Generatif untuk Perusahaan

SANTA CLARA, California, Oct. 17, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Articul8 AI (Articul8), syarikat perisian perusahaan Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI), mengumumkan pada hari ini mereka telah menandatangan perjanjian kerjasama strategik (SCA) dengan Amazon Web Services (AWS), dengan rancangan untuk membantu pelanggan mempercepatkan pembangunan dan pasang atur aplikasi GenAI dalam pengeluaran di AWS.

Walaupun terdapat minat menyeluruh yang kuat dalam teknologi GenAI, perusahaan masih berhadapan dengan beberapa cabaran daripada projek GenAI bukti konsep (PoC) kepada pasang atur berskala pengeluaran. Kebimbangan utama termasuk kerumitan pengurusan data, kekurangan bakat khusus, kos jangka panjang yang tidak boleh diramal, etika & tadbir urus, prestasi & keandalan pada skala, serta kerumitan pasang atur merentas berbilang alat dan tindanan teknologi. Platform GenAI tindanan penuh Articul8 menyediakan tawaran out-of-the-box (OOTB) yang disepadukan dan dioptimumkan merentas pelbagai komponen dan lapisan tindanan GenAI. Dengan menyediakan antaramuka pengaturcaraan aplikasi (API) dan meringkaskan kerumitan membina aplikasi GenAI, Articul8 membantu pelanggan mempercepatkan kitaran pembangunan dan masa mereka ke arah hasil. Tambahan lagi, platform GenAI Articul8 tidak mempunyai kebergantungan luaran serta dipasang atur dan diuruskan dalam awan peribadi maya (VPC) pelanggan sendiri, yang memberikan pelanggan kawalan penuh ke atas data mereka, dasar akses dan peraturan keselamatan maklumat lain. 

“Platform perisian GenAI berautonomi Articul8 membolehkan pelanggan membina, memasang atur dan menguruskan aplikasi GenAI di peringkat pakar dalam gred pengeluaran dengan cepat di AWS. Pelanggan juga boleh membangunkan model khusus perusahaan menggunakan data pemilikan mereka sendiri. Semua ini berlaku dalam persekitaran yang selamat di dalam VPC mereka sendiri dan tiada data langsung keluar daripada persekitaran syarikat,” kata Gautam Subbarao, Ketua Produk & Perdagangan di Articul8. “Kami tidak sabar untuk meluaskan kerjasama kami dengan AWS dan berganding bahu membantu pelanggan memanfaatkan teknologi yang berasaskan GenAI demi menyelesaikan masalah teras kepada perubahan perniagaan mereka.” 

Franklin Templeton, organisasi pengurusan pelaburan global, bercita-cita untuk memanfaatkan potensi transformatif GenAI merentas rantaian nilai pengurusan aset dan sedang melabur dalam strategi GenAI yang disasarkan dalam perniagaannya sementara bersepakat secara tegas dengan standard syarikat untuk penggunaan teknologi AI yang bertanggungjawab dan beretika. Menggunakan platform GenAI Articul8 di AWS, Franklin Templeton sedang membina aplikasi dan aliran kerja GenAI berautonomi dan berbilang modal. 

“Kecerdasan Buatan (AI) bukanlah keupayaan tunggal dan organisasi mestilah mencipta sistem pintar dengan cekap menggunakan data mereka sendiri yang juga disepadukan dengan aliran kerja sedia ada dan menggambarkan usul nilai organisasi mereka,” kata Vasundhara Chetluru, Ketua Platform AI di Franklin Templeton. “Falsafah reka bentuk kami sejajar secara elok dengan penyelesaian platform GenAI tindanan penuh Articul8 dan keupayaan mereka untuk membantu pelanggan membangunkan dan memasang atur model dan aplikasi GenAI dengan domain/perusahaan khusus secara pantas. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama kami dengan pasukan Articul8 AI.”

“AI Generatif mempunyai potensi untuk mengubah seluruh industri tetapi kos, kerumitan pasang atur dan kepakaran yang diperlukannya di sekitar teknologi yang membangun ini boleh menjadi menakutkan bagi pelanggan,” kata Alan Braun, Pengarah Perkongsian Teknologi di AWS. “Perjanjian Kerjasama Strategik dengan Articul8 ini akan meluaskan keupayaan mereka untuk menyediakan penyelesaian yang membolehkan pelanggan untuk membina dan memasang atur aplikasi AI Generatif gred perusahaan dan membantu pelanggan mencapai hasil perniagaan yang bermakna pada skala.”

Kerjasama ini menekankan nilai Articul8 dan AWS untuk menyediakan kefleksibelan dan mencapai nilai perniagaan yang lebih hebat untuk pelanggan merentas industri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.articul8.ai.

Perihal Articul8  Articul8 AI ialah syarikat perisian perusahaan AI Generatif (“GenAI”) yang memfokuskan kepada membantu organisasi menyelesaikan masalah paling sukar di dunia. Tindanan penuh Articul8, platform perisian GenAI yang dioptimumkan secara menegak ialah cara paling pantas untuk membina, memasang atur dan menguruskan aplikasi GenAI gred perusahaan yang canggih, selamat dan boleh diskala secara cepat dan berbaloi. Teknologi GenAI pemilikan Articul8 tidak bergantung kepada infrastruktur dan perkakasan serta menyampaikan nilai perniagaan berkekalan dengan mengubah data pelanggan menjadi cerapan yang boleh diambil tindakan. Pasukan veteran industri dan pakar AI kami memiliki warisan kejayaan yang mengoperasikan dan memasang atur AI pada skala merentas pelbagai aplikasi dan industri yang penting.

Hubungan Media Articul8
Articul8@fischtankpr.com
FischTank PR

Scroll to Top