NEW YORK, Sept. 24, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Permaisuri Mathilde dari Belgium, Putera Harry, Duke of Sussex, Forest Whitaker, Ketua-ketua Agensi PBB dan orang kenamaan lain-lain bertemu dengan pemandiri dan pejuang untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di New York pada Ahad malam (22 September). Mereka berada di New York untuk Perhimpunan Agung PBB yang pemimpin dunia telah berkumpul bagi sesi yang ke-79 (UNGA 79).
Mereka bertemu dengan pemandiri, tokoh masyarakat dan pemimpin Kerajaan dari seluruh dunia termasuk Sweden, Colombia, Zimbabwe, Georgia, Kanada, Iceland, Brazil dan UK untuk membincangkan isu penting di acara kecil-kecilan yang dianjurkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dan diatur oleh Project Everyone bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB. Mereka mendengar testimoni pemandiri serta renungan dan komitmen daripada pemimpin.
Perjumpaan bertaraf tinggi ini diadakan beberapa hari selepas pemandiri, pejuang dan rakan sekutu mengeluarkan sepucuk surat terbuka (17 September 2024), yang menuntut tindakan segera daripada pemimpin dunia menjelang Persidangan Peringkat Menteri Global tentang Menghentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak yang julung kalinya, yang berlangsung di Colombia pada November ini.
Penandatangan surat tersebut termasuk tokoh masyarakat Forest Whitaker, Shudu Musida dan Will Poulter yang turut menghadiri acara istimewa tersebut.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, satu daripada dua kanak-kanak di seluruh dunia – lebih 1 bilion – mengalami keganasan setiap tahun seperti hukuman dera, buli di sekolah, keganasan dalam talian dan penderaan seksual. Lain-lain bentuk keganasan yang nyata termasuk keganasan berkumpulan, perkahwinan bawah umur dan buruh kanak-kanak.
Bukti menunjukkan penyelesaian cemerlang untuk menghentikan semua bentuk keganasan terhadap kanak-kanak termasuklah menyediakan sokongan keibubapaan, melaksanakan campur tangan berasaskan sekolah, menawarkan perkhidmatan sosial dan kesihatan mesra kanak-kanak, mengamalkan undang-undang perlindungan serta memastikan Internet yang selamat untuk kanak-kanak. Negara yang melaksanakan strategi berasaskan bukti ini boleh mengurangkan keganasan terhadap kanak-kanak sehingga 50%.
Sebagai pengacara, Will Poulter, Pelakon dan Duta Khas bagi program antibuli Anugerah Diana, berkata:
“Keganasan berlaku dalam pelbagai bentuk – kedua-dua fizikal dan psikologikal – dan setiap satu meninggalkan impak berkekalan ke atas sesiapa yang mengalaminya. Dengan satu bilion kanak-kanak di seluruh dunia mengalami keganasan sebegitu, statistik ini adalah mengejutkan tetapi ia mencerminkan kehidupan sebenar dan menjadi tanggungjawab bersama kita untuk memastikan kanak-kanak ini dilindungi”.
Lihat surat penuh tersebut DI SINI.
Dalam imej 1, kiri ke kanan: Dr. Daniela Ligiero, Ketua Pegawai Eksekutif Together For Girls; H.E. Alexander De Croo, Perdana Menteri Belgium; Putera Harry, Duke of Sussex; Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia; Shudu Musida, Pejuang Serantau UNFPA; Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Mathilde dari Belgium; Forest Whitaker, Pelakon dan Aktivis; Duli Yang Maha Mulia Puteri Mabel van Oranje; Bryanna Mariñas, Penggerak Belia; Will Poulter, Pelakon; Dr. Etienne Krug, Pengarah Jabatan Penentu Sosial Kesihatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia; Catherine Russell, Pengarah Eksekutif UNICEF.
Dalam imej 2, kiri ke kanan: Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Putera Harry, Duke of Sussex.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d077140c-dd98-4abc-b523-dd11ab8aa532
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c186e9a4-fdfd-4095-9550-f58b6cd0e9c6