Penyelesaian Lantronix Menggerakkan Teal Drones yang Diluluskan oleh Tentera A.S., sebuah Syarikat Red Cat Holdings, Membuka Peluang Pertumbuhan Edge AI yang Selamat

Penyelesaian Lantronix Menggerakkan Teal Drones yang Diluluskan oleh Tentera A.S., sebuah Syarikat Red Cat Holdings, Membuka Peluang Pertumbuhan Edge AI yang Selamat

IRVINE, California, Aug. 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Lantronix Inc.– (NASDAQ: LTRX), peneraju global dalam penyelesaian pengkomputeran dan ketersambungan IoT bagi aplikasi Edge AI, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaiannya yang mematuhi TAA dan NDAA telah dipilih oleh Teal Drones, sebuah syarikat di bawah Red Cat Holdings Inc. (NASDAQ: RCAT), untuk pengeluaran dron Black Widow™ di bawah Program Peninjauan Jarak Dekat (SRR) Tentera A.S. Lantronix telah memulakan penghantaran pengeluaran, memberikan gambaran awal hasil pendapatan dan menegaskan peranan Lantronix sebagai rakan teknologi yang dipercayai bagi aplikasi pertahanan kritikal.

Penyelesaian Lantronix, yang berasaskan pemproses Qualcomm® Dragonwing™ QRB5165, menawarkan pemprosesan Edge AI canggih sambil memenuhi keperluan keselamatan ketat Amerika Syarikat, sekali gus membolehkan pematuhan penuh terhadap TAA dan NDAA untuk perlaksanaan dalam misi sensitif Jabatan Pertahanan (DoD). Gabungan prestasi AI dan pematuhan ini memberikan keunggulan mampan bagi Lantronix dalam pasaran sistem pertahanan dan autonomi yang berkembang pesat.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan terpilih vendor sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS) yang mendapat kelulusan Blue UAS, Teal Drones wajib memenuhi piawaian keselamatan siber, operasi dan perlindungan yang ketat untuk kegunaan DoD. Penyelesaian patuh Lantronix membolehkan Teal memenuhi keperluan ini, sekali gus meletakkan dron Black Widow dalam kedudukan untuk digunakan dalam misi barisan hadapan.

“Dron Black Widow mentakrifkan semula potensi sistem tanpa pemandu kecil, memberikan pejuang masa kini maklumat risikan masa nyata serta kelebihan operasi yang diperlukan di medan perang moden,” kata Jeff Thompson, Ketua Pegawai Eksekutif Red Cat. “Penyelesaian Lantronix membolehkan kami memenuhi piawaian pematuhan TAA dan NDAA yang ketat di bawah Program SRR Tentera A.S. — satu tahap jaminan yang jarang sekali dapat ditandingi oleh penyedia lain.”

Dengan pasaran dron global yang dijangka kan mencecah $57.8 bilion menjelang tahun 2030 (Laporan Pasaran Global Dron 2025–2030 oleh Drone Industry Insights), kehadiran Lantronix dalam segmen dron komersial dan pertahanan yang selamat membuka peluang pertumbuhan jangka panjang dengan margin tinggi.

—“Lantronix telah membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam pasaran Edge AI, dengan penyelesaian inovatif yang berasaskan pematuhan untuk sektor dron yang berkembang,” kata Saleel Awsare, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Lantronix. “Kerjasama kami dengan Teal Drones menekankan keupayaan kami untuk membawa produk yang berprestasi tinggi dan selamat ke pasaran secara berskala, sekaligus mewujudkan peluang jangka panjang bersama jenama global terkemuka.”

–Penyelesaian dan Perkhidmatan Kejuruteraan Lantronix menggabungkan teknologi pengkomputeran terbenam, kepakaran dalam pematuhan dan sokongan perisian yang fleksibel bagi mempercepatkan pembangunan produk pelanggan. Pendekatan platform berskala ini bukan sahaja membolehkan Teal Drones mencapai masa ke pasaran yang lebih pantas untuk Teal Drones, tetapi juga memposisikan Lantronix untuk menyokong program pertahanan dan IoT industri pada masa hadapan yang memerlukan pematuhan TAA dan NDAA.

Ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Kejuruteraan, Penyelesaian SOM dan Aplikasi Dron tambahan di Lantronix.com.

Perihal Lantronix  

Lantronix Inc. (Nasdaq: LTRX) merupakan peneraju global dalam penyelesaian Edge AI dan IoT Industri, yang menyediakan pengkomputeran pintar, sambungan yang selamat dan pengurusan jarak jauh untuk aplikasi kritikal misi. Menyediakan perkhidmatan untuk pasaran berpotensi tinggi termasuk bandar pintar, IT perusahaan serta sistem tanpa pemandu komersial dan pertahanan, Lantronix membolehkan pelanggan mengoptimumkan operasi dan mempercepatkan transformasi digital. Portfolio lengkap perkakasan, perisian dan perkhidmatan Latronix menyokong aplikasi daripada pengawasan video selamat dan infrastruktur utiliti pintar hinggalah pengurusan rangkaian luar jalur yang tahan lasak. Dengan membawa kepintaran ke hujung rangkaian, Lantronix membantu organisasi mencapai kecekapan, keselamatan dan kelebihan daya saing dalam dunia yang dipacu AI hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Lantronix.

Perihal Red Cat Holdings Inc.

Red Cat (Nasdaq: RCAT) merupakan penyedia berpangkalan di A.S. bagi penyelesaian dron dan robotik semua domain yang maju untuk pertahanan dan keselamatan negara. Menerusi anak syarikat milik penuh, Teal Drones dan FlightWave Aerospace, Red Cat membangunkan perkakasan dan perisian buatan Amerika yang menyokong operasi ketenteraan, kerajaan serta keselamatan awam merentasi udara, darat dan laut. Family of Systems Red Cat, dengan Black Widow™ sebagai terasnya, menawarkan keupayaan taktikal yang tiada tandingan dalam sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS). Dengan pengembangan ke domain maritim melalui Blue OPS, Inc., Red Cat turut menerajui inovasi dalam kapal permukaan tanpa pemandu (USV) dan kenderaan bawah air autonomi (AUV), sekali gus menyediakan platform bersepadu yang direka untuk mempertingkatkan keselamatan dan keberkesanan misi pelbagai domain. Ketahui lebih lanjut di www.redcat.red.

©2025 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix merupakan tanda dagangan berdaftar. Tanda dagangan dan nama dagangan lain merupakan milik pemilik masing-masing.

Kenyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif dalam pengertian undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan kepimpinan Lantronix. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, perniagaan masa depan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada keputusan sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam mana-mana kenyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian oleh pelanggan kami; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami yang disebabkan oleh wabak COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; respons masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang digunakan; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 9 September 2024, termasuk dalam bahagian bertajuk “ Faktor Risiko” dalam Butiran 1A Bahagian I laporan sedemikian, serta dalam pemfailan awam kami dengan SEC yang lain. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari masa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Selain itu, keputusan sebenar mungkin berbeza akibat daripada risiko tambahan dan ketidakpastian yang kami tidak sedari pada masa ini atau yang kami tidak lihat pada masa ini sebagai material kepada perniagaan kami. Atas sebab-sebab ini, pelabur diberi amaran untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana kenyataan prospektif. Kenyataan prospektif hanya memberikan gambaran setakat tarikh kenyataan tersebut dibuat. Kami secara nyata menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan prospektif selepas tarikh ini untuk mematuhi kenyataan tersebut dengan keputusan sebenar atau kepada perubahan dalam pendapat atau jangkaan kami, melainkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan Nasdaq Stock Market LLC yang terpakai. Jika kami mengemas kini atau membetulkan sebarang kenyataan prospektif, pelabur tidak boleh membuat kesimpulan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan.

Hubungan Media Lantronix:         
media@lantronix.com
949-212-0960 

Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:
investors@lantronix.com

Scroll to Top