SYDNEY, June 03, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — AXL, broker FX dan CFD dalam talian terkemuka telah mengumumkan bahawa ia akan menghadiri Money Expo Colombia tahun ini, yang akan berlangsung pada 25-26 Jun 2025 di Bogota, Colombia.
Para hadirin acara akan berpeluang menerokai cara mereka boleh mengembangkan perniagaan IB dan Afiliasi mereka. ”Kami menjemput semua pedagang untuk mengunjungi gerai kami dan berhubung dengan pasukan kami,” kata Santiago Vazquez-Munoz, Ketua Wilayah bagi UK, Eropah dan LATAM, sebelum menambah, “Kami tidak sabar untuk menunjukkan bagaimana peluang kerjasama kami yang luar biasa dapat membantu para pedagang memajukan perniagaan mereka. Para hadirin di expo juga akan mendapat akses kepada tawaran eksklusif yang hanya tersedia semasa acara.” Selain itu, hadirin juga berpeluang mengetahui tentang Axi Select, program peruntukan modal Axi yang menawarkan tiada yuran pendaftaran atau yuran penyertaan, pembiayaan modal sehingga $1,000,000 USD, peluang untuk memperoleh sehingga 90% daripada keuntungan,dan serta alat canggih untuk mempercepatkan potensi dagangan pedagang.
Peminat bola sepak juga boleh mengunjungi reruai Axi untuk melihat lebih dekat perkongsian lama broker ini dengan Manchester City, Juara Liga Perdana. Memorabilia Manchester City dan maskot kelab akan berada di lokasi untuk sesi bergambar dan hadirin berpeluang memenangi hadiah menarik daripada broker – termasuk jersi pemain yang ditandatangani dan barangan lain.
Broker tersebut mempunyai perkongsian jangka panjang dengan Manchester City FC, Girona FC dan Esporte Clube Bahia. Pada tahun 2023, mereka juga mengumumkan pemain antarabangsa England, John Stones, sebagai Duta Jenama mereka. Pada tahun 2024, broker ini diiktiraf dengan anugerah ‘Innovator of the Year’ di Dubai Forex Expo dan diberi penghormatan oleh Finance Feeds dengan gelaran ‘Most Reliable Broker’, ‘Broker of the Year’ dan ‘Most Innovative Trading Firm’.
Saksikan video: https://youtu.be/92qBSHsGHMM?si=0pdt_bV7sAdQVOsB
Perihal Axi
Axi merupakan syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Axi, sila hubungi: mediaenquiries@axi.com
Program Select Axl hanya tersedia untuk pelanggan AxiTrader Limited. CFD membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Dalam urusan kami dengan anda, kami akan bertindak sebagai pihak lawan utama kepada semua posisi anda. Kandungan ini tidak tersedia untuk penduduk Australia (AU), New Zealand (NZ), Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami. Yuran perdagangan standard dan deposit minimum dikenakan.