- Hospital Mount Elizabeth Novena (MNH) Singapura ialah hospital swasta pertama di wilayah yang menawarkan terapi proton; memulakan rawatan untuk pesakit pertamanya pada 10 Mei 2023.
- Pusat tersebut telah merawat lebih daripada 100 pesakit dari 16 negara, berusia antara 18 bulan sehingga 85 tahun.
SINGAPURA, May 17, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — IHH Healthcare, penyedia penjagaan kesihatan terkemuka dunia, telah mengukuhkan posisinya sebagai penyedia penjagaan kanser ternama di Asia dengan pembukaan rasmi Pusat Terapi Proton Mount Elizabeth di Singapura.
Terletak di Hospital Mount Elizabeth Novena, pusat tersebut menjadikan IHH sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta pertama di wilayah dan di Singapura yang menawarkan terapi proton, menyediakan akses rawatan kanser lanjutan dan sangat khusus kepada pesakit buat julung kalinya.
Sejak mula beroperasi pada Mei tahun lepas, pusat tersebut telah merawat lebih daripada 100 pesakit dari 16 negara, dari Singapura dan Asia Tenggara ke negara sejauh Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom. Pesakitnya pelbagaiusia, dari 18 bulan sehingga 85 tahun.
Dr Prem Kumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, IHH Healthcare, berkata, “ Menambah terapi proton kepada suite menyeluruh rawatan kanser di Singapura menguatkan taraf kami sebagai Pusat Kecemerlangan bagi onkologi di Asia. Permintaan telah pun melangkaui jangkaan kami dan kami sedang terus mempertingkat untuk menyediakan pilihan rawatan maju ini kepada lebih banyak pesakit merentas wilayah, sebagai sebahagian daripada tujuan kami untuk menyelamatkan nyawa dan memperhebat penjagaan.
“Pesakit kanser tidak keseorangan dalam pertarungan mereka melawan kanser. Pelaburan IHH Healthcare Singapura dalam terapi proton mempamerkan azam teguh kami dalam menyediakan penjagaan terbaik kepada pesakit kami,” kata Dr Peter Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, IHH Healthcare Singapura. “Hampir sebahagian daripada semua pesakit onkologi memerlukan beberapa jenis rawatan radiasi tetapi kesan sampingan rawatan boleh jadi melesukan seperti kanser itu sendiri. Pesakit yang sesuai untuk menerima terapi proton akan mendapat manfaat dari segi kurangnya kesan sampingan dan kerosakan tisu sekitar disebabkan sifat menyasarkan pancaran proton.”
Terapi proton mempunyai ciri-ciri unik yang membolehkannya mematikan sel kanser tanpa menyebabkan terlalu banyak kerosakan pada tisu dan organ sekitar. Ini bermakna pesakit boleh memelihara fungsi dengan lebih baik dan menikmati kualiti hidup lebih lama, yang terutamanya penting dan bermakna bagi pesakit lebih muda.
Pusat tersebut meningkatkan spektrum meluas MNH tentang modus rawatan termasuk pembedahan, kemoterapi dan radioterapi konvensional dan bermanfaat secara khususnya untuk tapak anatomi kompleks, tisu sensitif dan kes pediatrik.
Untuk mendapatkan maklumat, sila lawati: https://www.mountelizabeth.com.sg/mount-elizabeth-proton-therapy-centre/overview
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cf97e827-5c36-4eb9-b9f9-2b009f7741bf
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9ab2682b-5709-45f4-851d-631f2711d5ff