Cabaran Universiti Denodo Kini Dibuka: Data dan AI untuk Kesan Dunia Nyata

Cabaran Universiti Denodo Kini Dibuka: Data dan AI untuk Kesan Dunia Nyata

PALO ALTO, California, June 02, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Denodo, sebuah syarikat peneraju dalam bidang pengurusan data, mengumumkan bahawa Program Akademik Denodo, yang mempersiapkan pelajar untuk menjadi pemimpin masa depan dalam bidang data dan analitik, telah membuka pendaftaran bagi Cabaran Universiti, Data dan AI untuk Kesan Dunia Nyata yang seterusnya. Pendaftaran akan ditutup pada 16 November. 

Program Akademik Denodo mempersiapkan pelajar dengan modul latihan kendiri secara maya dengan kebebasan memilih jangka masa, bengkel interaktif secara langsung serta peluang untuk mencuba Denodo Platform dan menerokai keupayaan Denodo AI SDK. Program Akademik Denodo telah melancarkan Cabaran Universiti pertamanya pada tahun 2023. 

Berdasarkan kepercayaan kukuh Denodo terhadap kuasa transformasi kecerdasan buatan (AI), Cabaran Universiti Denodo kali ini memberikan tumpuan pada pembangunan penyelesaian inovatif berasaskan AI yang mempunyai kesan nyata. Ia memperlihatkan cara pengurusan data yang maju dan AI dapat mendorong inovasi bermakna dalam dunia sebenar serta membuka jalan kepada pendekatan baharu dalam menangani cabaran sosial dan ekonomi.

Sejak pelancaran Denodo Platform 9.1 pada November 2024, Denodo Platform telah dilengkapi kemampuan baharu yang berkuasa yang memudahkan pembangunan aplikasi AI, iaitu Denodo Assistant yang mengautomasikan tugas kejuruteraan data utama dan memberikan cerapan yang kontekstual dan cadangan yang pintar, serta Denodo AI SDK yang mengendalikan proses seperti pembenaman, transformasi dan orkestrasi data agar pembangun boleh memberikan lebih tumpuan kepada hasil akhir.

Cabaran ini merangkumi fasa utama dalam projek data, iaitu Integrasi, Pengurusan dan Penyampaian. Dalam fasa Integrasi, peserta akan menggunakan Denodo Express yang merupakan versi percuma platform Denodo untuk menyambungkan set data dan mula mencipta paparan maya bagi data yang dihubungkan. Seterusnya, dalam fasa Pengurusan, peserta akan menetapkan peraturan tadbir urus data untuk paparan tersebut serta mula merancang reka bentuk penyelesaian AI. Akhir sekali, dalam fasa Penyampaian, peserta akan melaksanakan penyelesaian AI untuk sebagai penamat cabaran. Penilaian akan dibuat berdasarkan kecekapan mereka mengintegrasikan, mengurus dan menyampaikan data bagi menghasilkan penyelesaian, yang mampu menangani masalah dunia nyata dengan berkesan. 

“Dengan Denodo Platform, pembangun boleh mencipta aplikasi AI yang berkuasa dengan lancar tanpa menghadapi cabaran biasa dalam penyediaan data,” kata Alberto Pan, ketua pegawai teknologi Denodo. “Cabaran Universiti ini merupakan peluang menarik untuk menyaksikan penyelesaian inovatif yang akan dibangunkan oleh pelajar. Saya amat berharap dapat melihat bagaimana mereka menggunakan alat kami bagi menghasilkan impak sebenar serta memperlihatkan kuasa transformasi AI.”

Hadiah akan diberikan kepada tiga pasukan terbaik, serta kepada universiti yang berjaya memperoleh jumlah tertinggi penyertaan pasukan. Ahli pasukan yang menang akan mendapat akses tanpa had kepada kursus latihan Denodo atas permintaan serta peperiksaan pensijilan selama enam bulan, bernilai sehingga $7,000. Mereka juga akan menerima Lencana Pemenang Denodo eksklusif sebagai bukti kemahiran yang boleh digunakan apabila memasuki dunia pekerjaan. Selain itu mereka akan menerima jemputan untuk menghadiri acara Denodo tempatan, seperti DataFest.

Perihal Denodo
Denodo merupakan peneraju dalam pengurusan data. Platform Denodo yang memenangi anugerah ialah platform pengurusan data logikal terkemuka untuk mengubah data menjadi cerapan dan hasil yang boleh dipercayai untuk semua inisiatif berkaitan data di seluruh perusahaan, termasuk AI dan layan diri. Pelanggan Denodo dalam semua industri di seluruh dunia telah menyampaikan data sedia AI dan sedia perniagaan yang dipercayai dalam satu pertiga masa dan dengan prestasi 10x lebih baik berbanding lakehouse dan platform data arus perdana yang lain secara berasingan. Untuk maklumat lanjut, layari denodo.com.

Hubungan Media
pr@denodo.com

Scroll to Top