Bitget Menyenaraikan Ripple USD (RLUSD) untuk Memperluaskan Tawaran Stablecoin dalam Pasaran Spot

Bitget Menyenaraikan Ripple USD (RLUSD) untuk Memperluaskan Tawaran Stablecoin dalam Pasaran Spot

VICTORIA, Seychelles, May 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka telah mengumumkan penyenaraian Ripple USD (RLUSD) di platform perdagangan spot syarikat itu. RLUSD yang merupakan stablecoin bertaraf perusahaan yang disokong oleh USD dan diterbitkan oleh Ripple itu memasuki ekosistem Bitget pada saat permintaan terhadap aset digital yang selamat dan mematuhi peraturan terus meningkat, terutamanya dalam kalangan peserta institusi serta pembangun yang menumpukan pada kes penggunaan blok rantai bertaraf perusahaan.

Sebagai stablecoin yang ditambatkan kepada dolar A.S.pada nisbah 1:1, RLUSD diterbitkan secara natif pada XRP Ledger (XRPL) dan juga Ethereum, dengan memanfaatkan kelebihan unik setiap blok rantai. Aset ini disokong oleh rizab berasingan yang dipegang dalam fiat USD dan setara tunai. Keputusan Bitget untuk menyenaraikan RLUSD sejajar dengan strateginya untuk menyokong aset didorong utiliti yang tinggi serta kukuh dalam pasaran spot Bitget yang semakin berkembang, yang berfungsi sebagai ruang yang diatur untuk projek yang memajukan penggunaan blok rantai melalui aplikasi dunia sebenar.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Ripple, sebuah pasukan yang gigih berusaha memacu penerimaan kripto,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “RLUSD menonjol sebagai salah satu daripada beberapa stablecoin yang diterbitkan oleh syarikat amanah tujuan terhad berkanun di bawah Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York atau NYDFS, sekaligus meletakkannya dalam rangka kerja kawal selia yang jelas dan unik. Langkah ini amat penting bagi institusi yang ingin melaksanakan ketelusan dan pematuhan dalam landskap aset digital yang semakin berkembang. Penyenaraian RLUSD juga selaras dengan strategi kami pada tahun 2025 untuk memperluaskan penawaran kepada institusi serta membina ekosistem yang lebih kukuh dan boleh dipercayai.”

Penyenaraian RLUSD di Bitget telah memperluaskan akses dan menyediakan platform perdagangan yang dipercayai bagi salah satu aset digital yang paling dipantau dalam industri.

Bitget terus memperluaskan penyenaraiannya untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran kripto. Penyepaduan RLUSD bertindak balas terhadap gelombang berterusan stablecoin yang semakin popular sebagai alat penting dalam kewangan tak terpusat (DeFi), permainan, dan ekosistem aset tokenisasi.

Bitget menawarkan lebih daripada 900 pasangan kripto, serta komitmen untuk memperluaskan pilihan tawaran dengan menghubungkan pengguna dengan pelbagai ekosistem seperti Bitcoin, Ethereum, Solana, Base serta TON. Penyenaraian RLUSD mencerminkan langkah strategik untuk menerima pakai stablecoin yang dikawal selia, sekaligus membuka peluang kepada perdagangan projek kripto yang inovatif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RLUSD di Bitget, sila lawati di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Perihal Ripple

Ripple merupakan penyedia utama infrastruktur aset digital untuk institusi kewangan dan perusahaan lain. Ia menawarkan perisian yang ringkas, mematuhi peraturan dan boleh dipercayai untuk meningkatkan kecekapan, melancarkan proses, serta memperkukuh inovasi dalam kewangan global. Penyelesaian Ripple memanfaatkan XRP Ledger dan aset digital natifnya iaitu XRP, yang direka khusus untuk membolehkan transaksi yang pantas dengan kos yang rendah serta boleh diskalakan yang meliputi kaedah penggunaan untuk pembangun sektor dan institusi kewangan. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam bekerjasama dengan pengawal selia serta pembuat dasar di seluruh dunia, penyelesaian pembayaran, penjagaan aset dan stablecoin daripada Ripple menerajui ekonomi aset digital, yang mampu membina kredibiliti serta kepercayaan terhadap Ripple dalam blok rantai perusahaan. Bersama-sama pelanggan, rakan kongsi dan komuniti pembangun, kami mengubah cara dunia mencipta, menyimpan, mengurus serta menggerakkan nilai.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9cba8e14-64a1-4afa-b20e-1fb01bb7d4f6

Scroll to Top