VICTORIA, Seychelles, Jan. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah bursa mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3, dengan bangganya memperkenalkan perkhidmatan inovatif Pegang untuk Peroleh, Bitget HodlerYield, yang menawarkan USDE dan weETH sebagai token pertama yang disokong. Perkhidmatan baharu ini memberi pengguna cara yang mudah untuk menjana pendapatan pasif dengan memegang token aliran utama, yang menawarkan pulangan peratusan tahunan (APR) asas serta peluang untuk menerima ganjaran tambahan melalui promosi khas yang menjadikan jumlah APR melebihi 20%.
Bitget HodlerYield distrukturkan untuk memenuhi keperluan pelbagai pengguna dengan menyokong berbilang kaedah pegangan, termasuk pegangan spot, pegangan cagaran di bawah mod margin bersatu dan penyertaan subakaun. Dengan memegang token yang layak seperti weETH, token penggunaan semula yang cair yang dikeluarkan oleh Ether.fi atau USDE iaitu dolar sintetik yang dikeluarkan oleh Ethena, pengguna boleh menikmati ganjaran yang dikira setiap hari, yang diagihkan ke akaun mereka secara automatik. Perkhidmatan tersebut melaraskan APR secara dinamik berdasarkan keadaan pasaran, yang memastikan keadilan dan ketelusan serta memaksimumkan manfaat untuk pengguna.
“Di Bitget, kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian pelaburan kripto yang lebih pintar yang membantu menjana pendapatan pasif untuk orang ramai. Berbeza dengan program Peroleh/Staking tradisional yang ditawarkan oleh bursa terpusat, pengguna Bitget kini boleh menerima ganjaran secara terus hanya dengan memegang token tanpa mengira jenis akaun yang menyimpan pegangan kripto. Ini telah memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pengguna mula memperoleh hasil di platform kami serta lebih mesra pengguna kerana pengguna tidak lagi perlu risau tentang kecairan dan tempoh terkunci,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget.
“Banyak pelanggan kami meminta weETH sebagai cagaran dan kami teruja dapat bekerjasama dengan Bitget untuk merealisasikan permintaan mereka. Pengguna Bitget yang memegang weETH akan menjana pendapatan secara pasif bagi ETH mereka sambil mengekalkan dedahan harga,” kata Mike Silagadze, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ether.fi
HodlerYield memberikan fleksibiliti untuk pengguna mengurus pegangan mereka sambil memperoleh pulangan yang konsisten. Gambaran keseluruhan harian baki pengguna dalam semua akaun, termasuk akaun spot, kontrak dan strategi yang akan menentukan ganjaran yang layak. Nilai pegangan minimum 1 USDT dalam weETH atau USDE diperlukan dan ganjaran akan diagihkan pada hari berikutnya berdasarkan harga pasaran token yang ditetapkan. Perkhidmatan ini memastikan penggunaan yang mudah kerana pengguna boleh mengekalkan pegangan mereka tanpa tindakan manual tambahan untuk membuat langganan dan menuntut ganjaran.
Pelancaran HodlerYield membuktikan komitmen Bitget untuk menyediakan platform yang selamat dan berfokuskan pengguna. Perkhidmatan ini meluaskan kes penggunaan untuk token yang memberikan hasil dan mencerminkan visi jangka panjang syarikat untuk memperkasakan pengguna dengan alatan inovatif untuk pelaburan yang lebih bijak.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan rintisannya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami kemudahubahan harga. Melabur dengan bijak. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b655c8b9-53b4-4605-bb9c-3477817a3bfc