VICTORIA, Seychelles, June 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 peneraju secara rasminya telah melancarkan Bulan Anti Penipuan untuk tahun kedua, suatu kempen inisiatif global untuk menimbulkan kesedaran tentang keselamatan kripto. Dalam dunia di mana penipuan telah menjadi sofistikated sama seperti teknologi yang dibangunkan untuk membasminya, Bitget mengambil pendirian yang tegas: keselamatan bukan lagi sekadar fungsi bahagian belakang; ia set minda yang dikongsi antara platform dan pengguna.
Rantai blok dan Web3 telah berkembang dengan pesat, tetapi begitu juga ancamannya. Daripada pautan pemancingan data yang disamarkan sebagai hadiah percuma hingga kontrak pintar berniat jahat yang disembunyikan di sebalik gembar-gembur media sosial, penipuan telah menjadi semakin kreatif dan kurang jelas. Pada tahun 2024 sahaja, penipuan berkaitan mata wang kripto telah mengakibatkan kerugian melebihi $9.9 bilion, yang mewakili 24% pertumbuhan tahunan sejak tahun 2020, menurut laporan.
Walaupun Bitcoin telah mencapai puncak baharu dan pengambilan kripto meningkat, sisi gelap lapangan ini kekal berbahaya kepada pengguna yang tidak bersedia. Peningkatan penipuan kripto ini yang dimarakkan oleh perdayaan dijana AI dan taktik kejuruteraan sosial canggih menunjukkan keperluan mendesak untuk kesedaran keselamatan yang lebih tinggi dan lebih pertahanan proaktif merentas ekosistem kripto.
Sejak tahun 2024, Bitget telah menjadikan setiap bulan Jun sebagai Bulan Anti Penipuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan melindungi aset digital serta data peribadi pengguna. Sepanjang bulan Jun ini, Bitget menukarkan ketakutan menjadi pemerkasaan. Di bawah tema Mata Lebih Pintar, Perisai Lebih Kuat, kempen Bulan Anti Penipuan Bitget menggabungkan pendidikan berbentuk permainan, penceritaan komuniti dan kandungan interaksi tinggi untuk memupuk budaya berjaga-jaga. Kempen ini menampilkan pelancaran Hab Anti Penipuan Bitget, tapak mikro khusus yang mengehoskan sumber interaktif, gerakan media sosial “Kaca Mata Lebih Pintar PFP”, Siri Blog Keselamatan berbilang bahagian dan permainan mini “Cabaran Mata Lebih Pintar”.
Namun, ini bukan usaha bersendirian. Bitget telah bekerjasama dengan rangkaian pakar keselamatan yang semakin berkembang untuk menguatkan mesej dan membina masa depan rantai blok yang lebih selamat. Rakan kerjasama utama dalam inisiatif ini termasuklah firma keselamatan teratas seperti GoPlus, SlowMist, OneKey, BlockSec dan Security Alliance—peneraju dalam mengenal pasti kerentanan, menganalisis ancaman pada rantai dan membina infrastruktur perlindungan.
Sejajar dengan itu, kempen ini disokong oleh kerjasama strategik dengan pemain Web3 penting seperti Bitget Wallet, Morph dan Tapswap. Platform ini mewakili komitmen ekosistem yang lebih luas untuk Web3 yang lebih selamat, memastikan pengguna merentas dompet, apl dan pengalaman sosial dikuasakan dengan pengetahuan dan dilindungi.
Namun, usaha ini bukan sekadar tentang alat—tetapi juga kepercayaan. “Penipuan boleh beradaptasi, tetapi kita juga boleh berbuat demikian,” kata Gracy Chen, CEO Bitget. “Kami membina masa depan Web3 di mana keselamatan bukan sesuatu yang diharapkan oleh pengguna—tetapi sesuatu yang sebati dengan mereka. Bulan Anti Penipuan sejajar dengan kepercayaan kami bahawa melindungi pengguna bukan sekadar mandat teknikal, ia adalah misi bersama.”
Selain interaksi berfokuskan pengguna, Bitget akan menerbitkan Laporan Anti Penipuan 2025 dengan rakan kerjasama, firma keselamatan siber Slowmist dan platform maklumat pematuhan Elliptic, yang memberikan penelitian dipacu data tentang landskap penipuan yang berevolusi, vektor serangan yang biasa dan cara sistem dalaman Bitget dinaik taraf untuk menangani ancaman ini dengan berkesan.
Bulan Anti Penipuan menandakan komitmen jangka panjang Bitget: keselamatan ialah asas untuk masa depan mata wang kripto. Dalam “hutan gelap” Web3, kesedaran mungkin ialah perisai paling kuat yang kita miliki. Industri ini semakin berkembang dan tiba masanya untuk pendekatan keselamatan turut berkembang.
Dalam ucapan sulung kempen Anti Penipuan tahun 2024, Bitget telah mengeluarkan laporan tentang cara Palsu Tulen (deepfake) mungkin merangkumi 70% jenayah kripto dalam masa dua tahun, di samping menjalankan kempen sosial di Vietnam untuk memberi amaran tentang penipuan dan risiko kripto. Tahun ini, dengan ruang kripto mencapai titik baharu dalam penipuan dan pengambilan pada masa yang sama, Bitget berikrar untuk bekerjasama dengan komuniti global dan institusi keselamatan terkemuka untuk menyebarkan kesedaran dan pengetahuan.
Untuk menyertai kempen tersebut, lawati Hab Anti Penipuan Bitget di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. BitgetWallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, Pasaran NFT, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami ketidakstabilan harga yang ketara. Pelabur dinasihatkan untuk hanya memperuntukkan dana yang mereka mampu tanggung jika mengalami kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f58f1d39-3bd0-4000-9f97-c9f4f277a78a