Bitget Bergabung Tenaga dengan Sweat Wallet sebagai Penaja Utama Crypto Conference Zrce Beach 2025

Bitget Bergabung Tenaga dengan Sweat Wallet sebagai Penaja Utama Crypto Conference Zrce Beach 2025

VICTORIA, Seychelles, June 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan penyertaannya sebagai penaja utama bagi Crypto Conference Zrce Beach 2025 yang dinanti-nantikan, yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Jun di lokasi ikonik Noa Beach Club dan Rocks Club.

Menggabungkan semangat pesta musim panas dengan visi inovasi terdesentralisasi, acara selama empat hari ini akan mengubah Zrce Beach menjadi hab paling meriah di Eropah untuk sesi jaringan blockchain, pengalaman imersif dan pendidikan berteknologi tinggi.

Dianjurkan oleh beberapa tokoh paling berpengaruh dalam dunia kripto, acara ini akan menghimpunkan lebih daripada 200 pedagang, pembangun, pencipta dan perintis Web3 untuk gabungan yang tidak dapat dilupakan antara sesi panel, bengkel dan aktiviti komuniti. Bertempat di salah satu festival pantai paling ikonik di Eropah, acara yang lebih meluas ini dijangka yang menarik ribuan pengunjung, sekali gus mencipta peluang menarik untuk menggabungkan budaya blockchain dengan tenaga arus perdana.

Daripada sesi jaringan ketika matahari terbit hingga ke set DJ saat matahari terbenam, program ini dipenuhi dengan sorotan yang penuh tenaga. Para hadirin boleh menantikan ceramah kripto secara langsung di pentas, perbualan mendalam bersama tokoh-tokoh yang dihormati dalam bidang ini, cabaran kompetitif dengan hadiah eksklusif serta pengalaman unik seperti barbeku yang dihoskan oleh pempengaruh dan tunggangan jet ski yang mendebarkan. Penceramah terkemuka seperti Didi Random, JayTrading dan ramai lagi akan berkongsi ilmu mengenai topik yang merangkumi asas Bitcoin sehinggalah kepada dinamik pasaran.

Dalam langkah strategik untuk mendidik pengguna, Bitget telah bekerjasama dengan SWEAT dan aplikasi Sweat Wallet untuk melancarkan pengalaman imersif—The Crypto Treasure Hunt. Terbuka kepada semua peserta festival, pengalaman unik ini menawarkan cara yang menyeronokkan untuk berhubung dengan ekosistem Web3.

“Kerjasama ini dengan SWEAT adalah gambaran sempurna visi Bitget: menjadikan Web3 mudah diakses, selamat dan benar-benar menyeronokkan,” kata Vugar Usi Zade, COO Bitget. “Kami berada di sini untuk membina ekosistem kripto yang boleh diakses dan mematuhi peraturan serta meluaskan jangkauan kami ke pelbagai komuniti di seluruh dunia,” tambahnya.

“Kami menukar aktiviti fizikal kepada pemerkasaan kewangan,” kata Oleg Fomenko, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SWEAT. “Ini mengenai menghargai tingkah laku manusia yang paling semula jadi, pergerakan dengan pemilikan digital dan kami teruja untuk memperkukuhkan kerjasama strategik kami dengan Bitget sepanjang acara ini.”

Crypto Conference Zrce Beach 2025 bukan sekadar festival atau persidangan, ia merupakan satu pergerakan untuk membina komuniti kripto yang lebih kukuh melalui interaksi dunia nyata, pendidikan dan perayaan. Dengan muzik, ilmu pengetahuan, pengembaraan dan kerjasama semuanya di satu tempat, Bitget memperkukuhkan peranannya sebagai pemangkin kepada generasi seterusnya dalam penerimaan blockchain.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang dahulunya ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp, dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi : media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami kemudahubahan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.

Perihal SWEAT

SWEAT merupakan platform Web3 yang menggalakkan aktiviti fizikal dengan memberikan ganjaran kepada pengguna yang melakukan pergerakan. Ia menggunakan $SWEAT, token yang diperoleh melalui setiap langkah, untuk menukar pergerakan menjadi nilai yang boleh digunakan, dikembangkan, didagangkan dan dibelanjakan dalam Ekonomi Pergerakan. Token disimpan dalam SWEAT Wallet, sebuah aplikasi mudah alih dengan lebih 20 juta muat turun dan lebih daripada 3 juta pengguna aktif bulanan. Dengan memuat turun SWEAT Wallet secara percuma, pengguna di seluruh dunia boleh mula memperoleh $SWEAT dan menyertai Pergerakan Ekonomi, yang setiap langkah adalah penting.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3d6fc0eb-0930-44e6-a643-b965e8f980fb

Scroll to Top