- Kaedah proprietari Pengayaan Plasma P2 memanfaatkan kaedah pengayaan baharu lekuk tunggal dan jenis zarah tunggal untuk mencapai prestasi peneraju pasaran untuk proteomik plasma berasaskan spektrometri jisim yang mendalam dan tidak berat sebelah
- Kini, P2 menawarkan pengkuantitian yang cemerlang dan daya pemprosesan yang lebih tinggi untuk biopenanda kohort yang besar atau kajian dan klinikal serta epidemiologi penemuan ubat atau penyelidikan proteomik populasi
- Pengayaan Plasma P2 tersedia sebagai perkhidmatan CRO melalui platform TrueDiscovery® Biognosys atau sebagai kaedah sedia ada untuk pengguna akhir spektrometri jisim berprestasi tinggi melalui pelesenan
- Dengan gabungan tambahan pilihan aliran kerja proteomik spektrometri jisim TrueDiscovery® yang tidak berat sebelah dan mendalam bersama kecenderungan NULISA Alamar bersasar yang berasaskan panel proteomik kepekaan ultra tinggi, kini Biognosys membolehkan akses yang paling kuantitatif dan lengkap kepada proteom plasma manusia
ZURICH, Switzerland dan NEWTON, Massachusetts, June 03, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Biognosys, peneraju dalam perkhidmatan, perisian dan kit proteomik yang terkini untuk penyelidikan sains dan pembangunan ubat, hari ini mengumumkan tentang pelancaran kaedah Pengayaan Plasma P2 yang baharu dan proprietari untuk pengayaan jenis keluk tunggal dan zarah tunggal dengan prestasi peneraju pasaran dan keuntungan yang sesuai dan unggul. Proteomik plasma berasaskan P2 boleh digunakan untuk manusia atau untuk kajian dan penyelidikan klinikal proteomik model haiwan.
Kaedah proteomik plasma P2 yang baharu mencapai liputan proteom sebanyak 7,000 protein dalam set sampel plasma lima kanser yang diterbitkan sebelum ini, menunjukkan kebolehulangan yang tertinggi, pengayaan protein kurang banyak yang belum pernah dilihat sebelum ini dan daya pemprosesan yang tiada tandingan pada spektrometer jisim HT Bruker timsTOF® Ciri teknikal dan data prestasi akan dibentangkan di Persidangan Tahunan Persatuan Spektrometri Jisim Amerika (ASMS) di Anaheim, CA pada hari Isnin, 3 Jun semasa Seminar Sarapan Biognosys, “Mempercepatkan Penemuan dan Pembangunan Ubat dengan Perkhidmatan Proteomik Terkini Biognosys,” dan pada hari Rabu, 5 Jun semasa sesi poster WP 084.
“Dengan kaedah Pengayaan Plasma P2 kami yang proprietari, kini Biognosys boleh meningkatkan kedalaman dan daya pemprosesan dalam proteomik plasma dengan ketara, melebihi perkara yang boleh dicapai dengan kaedah sedia ada,” jelas Dr. Oliver Rinner, CEO dan pengasas Biognosys. “Lebih penting lagi, kemajuan ini disertakan bersama kebolehulangan yang luar biasa, yang penting buat kajian kuantitatif. Kaedah ini juga memberikan keuntungan yang unggul dan mencapai kadar penemuan palsu yang kurang daripada 1%, dan ini lebih baik berbanding kaedah berasaskan kecenderungan pleks tinggi yang mahal. Selain itu, model pelesenan pilihan kami juga membuka jalan baharu untuk pengguna akhir spektrometri jisim proteomik yang canggih untuk mengakses kaedah dan perisian kami yang canggih untuk kegunaan dalaman.”
Dr. Rohan Thakur, Presiden Bahagian LSMS Bruker, berkata: “Kaedah Plasma P2 Biognosys yang terkini membolehkan pemprofilan proteom plasma dengan rapi, menyediakan cerapan yang mendalam terhadap ekspresi protein dan memanfaatkan keteguhan HT timsTOFyang sudah terbukti secara unik. Gabungan berkuasa yang akan memberikan kesempurnaan data unggul dengan mudah, kedua-duanya sangat bernilai untuk kajian kohort besar.”
Kaedah pengayaan Proteomik Plasma P2 Biognosys adalah berasaskan aliran kerja proprietari, jenis keluk tunggal dan zarah tunggal yang menggabungkan kimia permukaan yang dioptimumkan dengan sistem penimbal baharu yang menstabilkan korona protein labil, yang terbentuk di sekeliling zarah dalam plasma darah. P2 mengayakan protein kurang banyak dalam lapisan korona lembut dan pada masa yang sama, mengurangkan protein plasma yang amat banyak dengan berkesan. Pendekatan ini berkesan dalam format keluk tunggal yang memberikan manfaat kepada daya pemprosesan dan kebolehulangan kuantitatif. P2 menyediakan kedua-duanya, kedalaman yang luar biasa dan kadar penemuan palsu yang rendah pada kos setiap sampel yang jauh lebih rendah berbanding sistem proteomik pleks tinggi berasaskan kecenderungan. Selain itu, P2 mencapai kualiti data yang lebih tinggi berbanding kaedah berasaskan kecenderungan, yang menanggung isu cakap silang epitop.
Kaedah P2 mencapai pengayaan plasma yang tertinggi pernah dilaporkan dengan faktor pengayaan 10 lipatan berbanding plasma yang tidak dirawat pada platform HT timsTOF® Bruker dengan kaedah 4D dia-PASEF dan pemprosesan data dengan Spectronaut 19. Versi Spectronaut yang terkini ini telah dilatih dan dioptimumkan selanjutnta untuk data MS/MS platform timsTOF. Disebabkan penggunaan pendek gradien LC selama 17 minit pada platform HT timsTOF® Bruker, kaedah P2 membuka kemungkinan baharu untuk kajian penemuan kesihatan populasi pada skala sederhana kepada besar dengan kedalaman bagi harga mampu milik.
Kaedah Pengayaan Plasma P2 akan tersedia sebagai perkhidmatan penyelidikan kontrak daripada kemudahan Biognosys di Schlieren, Zurich di Switzerland dan di Newton, Massachusetts di Amerika Syarikat, menerusi platform proteomik TrueDiscovery yang tidak berat sebelah. Bagi pengguna akhir kemudahan yang dilengkapi dengan HT timsTOF atau platform spektrometri jisim berprestasi tertinggi, kaedah ini juga kini tersedia sebagai pilihan pelesenan untuk kegunaan dalaman.
Di bawah perkongsian strategik Biognosys dan Alamar Biosciences yang diumumkan sebelum ini, Biognosys juga akan menawarkan gabungan pilihan proteomik plasma spektrometri jisim berasaskan P2 dengan panel proteomik NULISA kepekaan ultra tinggi pleks sederhana dan bersasar. Pendekatan bersepadu dan saling melengkapi ini membolehkan akses yang paling kuantitatif dan menyeluruh kepada proteom plasma dengan menggabungkan proteomik penemuan DIA-MS yang mendalam dan tidak berat sebelah dengan asai NULISA Alamar pleks sederhana dan tinggi yang ultra peka untuk protein kurang banyak seperti sitokin, kemokin dan biopenanda protein penyakit yang penting daripada plasma untuk keradangan penyelidikan penyakit sistem saraf pusat.
Perihal TrueDiscovery®
Platform TrueDiscovery Biognosys menawarkan penyelesaian proteomik yang bersepadu merentasi seluruh saluran perhubungan pembangunan ubat.
TrueDiscovery dikuasakan oleh spektrometri jisim Pemantauan Tindak Balas Hiper (HRM), yang merupakan teknologi pengkuantitian protein berasaskan Pemerolehan Bebas Data (DIA) yang canggih, yang dicipta bersama dan dipatenkan oleh Biognosys.
TrueDiscovery merupakan satu-satunya platform yang mencari proteom menyeluruh untuk mengkuantitikan beribu-ribu protein yang paling berkenaan, termasuklah bilangan proteoform tanpa had. Platform ini membolehkan pemprofilan tisu dan proteom biocecair paling mendalam dan tidak berat sebelah dengan pengkhususan pada skala besar yang sukar ditandingi. Data yang dijana sangat boleh diulang semula dan mudah untuk dipindahkan kepada asai klinikal. Kajian boleh dilakukan dalam persekitaran yang mematuhi GCP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari truediscovery.bio{
Perihal Biognosys
Di Biognosys, kami percaya bahawa pandangan mendalam tentang proteom ialah kunci kepada penemuan yang berjaya yang mengubah sains untuk kehidupan yang lebih baik. Dengan portfolio serba boleh kami iaitu penyelesaian proteomik generasi akan datang, termasuk platform perkhidmatan penyelidikan TrueDiscovery®, TrueTarget®, dan TrueSignature®, perisian unggul Spectronaut® kami, dan kit PQ500™, kami menjadikan proteom bertindak untuk memperkasakan penyelidikan, membangunkan perubatan, dan pembuat keputusan klinikal. Penyelesaian kami menyediakan ekspresi protein dapat dilihat dari pelbagai dimensi, fungsi, dan struktur dalam semua spesis dan jenis sample secara biologi. Teknologi terpaten dan unik kami memanfaatkan spetrometri jisim resolusi tinggi untuk mengukur beribu-ribu protein dengan ketepatan, kedalaman, dan daya tampung bertaraf industri. Melalui perkongsian strategik kami dengan Bruker (Nasdaq: BRKR), kami menjadikan proteomik dapat diakses secara global. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari biognosys.com.
Gambar yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/54e3490e-7093-4c13-8083-05c27cf968a5
Keluaran bahasa Inggeris ialah versi rasmi dan dibenarkan bagi keluaran tersebut. Terjemahan disediakan untuk pemahaman yang lebih baik, dan harus dibandingkan dengan teks asal, yang merupakan satu-satunya teks yang sah dari segi undang-undang.