HONG KONG, May 20, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Banle Energy International Limited, syarikat subsidiari Hong Kong untuk Banle Group (NASDAQ: BANL), syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia Pasifik, teruja untuk menyertai pelayaran sarat yang berjaya dari Gladstone ke Paradip yang dilakukan oleh Kumpulan Tata Steel (“Tata Steel”), yang dilengkapkan pada 8 Mei. Pelayaran ini dijayakan menerusi usaha kerjasama, dengan bekalan 1,000 MT bahan api bio B24 yang dibekalkan dengan kerjasama Cargill International SA. (“Cargill”) dan China Shipping & Sinopec Suppliers Company Limited (“Sinobunker”). Khidmat pengisian bahan api B24 ini dilakukan pada 15 Mac 2024 di sebuah pelabuhan di Guangzhou, China.
Tata Steel ialah salah satu peneraju pengeluar keluli dunia dengan operasi dan kehadiran komersial merentas dunia, manakala Cargill ialah syarikat global terkemuka yang mengkhusus dalam bahan makanan, penyelesaian pertanian dan produk industri lestari.
Pencapaian ini menandakan perkhidmatan pertama kami mengisi bahan api bio B24 yang dibekalkan kepada Cargill, yang menyokong perasmian bekalan pengisian bahan api bio B24 mereka di China dan melanjutkan usaha pendekarbonan mereka.
Dengan kejayaan bekalan bahan api bio B24, kami kekal komited untuk mengambil peluang dalam mempromosikan bahan api alternatif bagi industri perkapalan. Melancarkan penggunaan bahan api alternatif juga akan membantu pemilik kapal untuk menambah baik penilaian penanda keamatan karbon (CII) kapal mereka, iaitu ukuran standard yang telah dibangunkan oleh IMO untuk menilai kecekapan tenaga dan pengeluaran karbon kapal.
Teck Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif kami meluahkan rasa gembira dengan kenyataan berikut: “Kami teruja untuk menyokong Tata Steel dan Cargill dalam menyediakan khidmat pengisian bahan api bio B24. Ini menandakan kerjasama pertama kami dengan Tata Steel dan bekalan pengisian bahan api bio B24 kami yang pertama kepada Cargill di China.”
Kumpulan Banle kekal berdedikasi untuk menyampaikan perkhidmatan pengisian yang luar biasa bagi memenuhi keperluan industri maritim yang berkembang. Semasa kami menumpukan pada mengembangkan operasi kami di Eropah, kami terus menjalin perkongsian strategik dan meneroka peluang baharu untuk menyediakan penyelesaian yang cekap dan boleh dipercayai.
Kapsyen Foto
Bahan api bio dihantar ke MV. Cape XL di pelabuhan di Guangzhou, China.
Perihal Kumpulan Banle
Ditubuhkan pada tahun 2015, CBL International Limited (Nasdaq: BANL) ialah syarikat yang disenaraikan untuk Kumpulan Banle, syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia Pasifik. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggan untuk mengisi semula minyak kapal. Aktiviti perniagaan Kumpulan Banle tertumpu terutamanya kepada lebih daripada 55 pelabuhan utama meliputi Jepun, Korea, China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Malaysia, Singapura, Thailand, Turki dan Belgium. Kumpulan tersebut secara aktif mempromosikan penggunaan bahan api alternatif dan dianugerahkan dengan pensijilan ISCC EU dan ISCC Plus.
Maklumat dan Pernyataan Prospektif
Sesetengah pernyataan dalam pengumuman ini bukanlah fakta sejarah tetapi pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif biasanya disertai perkataan seperti “percaya,” “mungkin,” “boleh,” “akan,” “anggarkan,” “teruskan,” “jangkakan,” “bertujuan,” “jangka,” “merancang,” “patut,” “akan,” “rancangan,” “masa hadapan,” “harapan,” “potensi,” “unjur” dan ungkapan serupa yang meramal atau menunjukkan peristiwa atau trend masa hadapan atau yang bukan pernyataan atau hal ehwal sejarah, tetapi ketiadaan perkataan-perkataan ini bukanlah bermakna sesuatu pernyataan bukan pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada pernyataan tentang anggaran dan ramalan metrik prestasi dan unjuran peluang pasaran. Pernyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui serta berdasarkan pelbagai andaian, sama ada dikenal pasti atau tidak dalam siaran akhbar ini dan dalam jangkaan pengurusan BANL serta bukanlah ramalan prestasi sebenar. Pernyataan prospektif ini diberikan untuk tujuan gambaran sahaja dan bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai dan tidak boleh dibuat bergantung harap oleh sebarang pelabur sebagai jaminan, ramalan atau pernyataan muktamad untuk fakta atau kemungkinan. Peristiwa dan keadaan sebenar adalah sukar dan mustahil untuk dijangka dan akan berbeza daripada andaian. Banyak peristiwa dan keadaan di luar kawalan BANL. Beberapa faktor penting yang mungkin menyebabkan hasil sebenar jauh berbeza daripada dalam pernyataan prospektif boleh termasuk perubahan dalam perniagaan domestik dan asing, keadaan pasaran, kewangan, politik dan undang-undang. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah sebarang pernyataan prospektif secara awam bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku kemudian, atau perubahan jangkaannya, kecuali yang mungkin diperlukan oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif ini adalah munasabah, ia tidak dapat memberi jaminan kepada anda bahawa jangkaan tersebut akan betul dan Syarikat memberi amaran kepada pelabur bahawa hasil sebenar mungkin jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur untuk menyemak faktor lain yang boleh menjejaskan keputusan masa depannya dalam penyataan pendaftaran Syarikat dan pemfailan lain dengan SEC.
CBL INTERNATIONAL LIMITED
(Diperbadankan di Kepulauan Cayman dengan liabiliti terhad)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
CBL International Limited
E-mel: investors@banle-intl.com
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/82211517-4f05-4018-a5c4-afe6871e1e11