Analisis Kedalaman Kecairan Bitget Menyerlahkan Kelebihan Daya Saing dalam Perdagangan Kripto

Analisis Kedalaman Kecairan Bitget Menyerlahkan Kelebihan Daya Saing dalam Perdagangan Kripto

VICTORIA, Seychelles, Feb. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah bursa mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3 telah bekerjasama dengan CryptoRank untuk menjalankan analisis perbandingan mendalam bagi kedalaman kecairan dalam kalangan lima bursa mata wang kripto berpusat global utama (CEX) iaitu Binance, Bitget, Bybit, MEXC dan OKX. Penyelidikan ini menawarkan pandangan bernilai terhadap keupayaan setiap platform dalam mengendalikan pesanan pasaran yang besar dengan kesan harga minimum yang merupakan faktor penting bagi pedagang yang ingin melaksanakan perdagangan yang cekap.

Dapatan paling utama laporan itu menyerlahkan kecairan pasaran Spot dan Niaga Hadapan. Bitget berada pada tangga kedua antara lima bursa utama dunia dan ini menunjukkan kedalaman kecairan yang besar dalam pasangan perdagangan utama seperti BTC/USDT dan ETH/USDT. Kedudukan ini meletakkan Bitget sebagai pilihan yang berdaya saing bagi pedagang yang ingin melaksanakan perdagangan yang cekap dalam pasaran bervolum tinggi.

Dalam pasaran niaga hadapan, Bitget menduduki tempat keempat dengan kecairan kukuh yang merangkumi pasangan-pasangan utama dan ini mencerminkan kewujudan serta keupayaan yang sedang meningkat dalam sektor perdagangan derivatif.

Analisis tersebut menilai kedalaman kecairan pada julat harga sekitar 2% daripada harga pasaran pertengahan yang merupakan metrik penting untuk menilai keupayaan bursa dalam mengendalikan pesanan pasaran yang besar dengan gelinciran yang minimum. Prestasi Bitget dalam hal ini menyerlahkan dedikasi bursa itu untuk mengekalkan persekitaran perdagangan yang cair dan stabil bagi penggunanya.

Kajian tersebut mendedahkan variasi yang ketara dalam kedalaman kecairan yang merangkumi bursa kripto berpusat utama dalam pasaran spot dan juga niaga hadapan. Dominasi Binance dalam pasaran spot dan penerajuan MEXC dalam pasaran niaga hadapan menyerlahkan pelbagai kekuatan yang dimiliki oleh platform-platform ini. Prestasi kukuh Bitget dalam kedua-dua pasaran sejajar dengan prestasi pasaran bursa tersebut, yang telah menjadikannya CEX yang paling pantas berkembang dalam senarai 10 bursa utama. Pandangan ini membantu pelabur memilih bursa yang paling sesuai dengan aktiviti dagang mereka, dengan mempertimbangkan faktor seperti kedalaman kecairan dan fokus pasaran.

Terbaharu, Forbes menyenaraikan Bitget sebagai salah satu bursa kripto paling dipercayai di seluruh dunia. Pada tahun 2024, Bitget meluaskan pangkalan penggunanya sebanyak 400%, daripada 20J pada bulan Januari kepada 100J pada bulan Disember. Perdagangan spot melonjak daripada $160B pada S1 kepada $600B pada S4; volum harian meningkat dua kali ganda kepada $20B. Kemas kini yang pantas dan prestasi terbaik dalam kalangan CEX telah meletakkan Bitget antara 3 bursa utama dalam perdagangan derivatif serta mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 5 bursa utama dalam perdagangan Spot. Dengan mengekalkan momentum, Bitget terus memperluaskan penawarannya dan menambah baik ciri-ciri platform, dengan mengekalkan kecairan yang tinggi untuk menyokong dagangan yang lancar bagi pangkalan penggunanya yang besar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, dapatkan laporan Cryptorank di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 orang juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ad78461a-18f9-42bb-8720-fab1af7d2f47

Scroll to Top