SYDNEY, Aug. 06, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Broker FX dan CFD dalam talian terkemuka, Axi, telah melancarkan promosi yang menarik bagi penawaran Axi Select.
Bermula Ogos 2025, semua pedagang Axi Select yang berada pada peringkat pertama program, iaitu peringkat Seed, akan menerima peruntukan sebanyak $5,000 serta menikmati peluang perkongsian keuntungan sebanyak 10% pada akhir bulan. Promosi terhad ini membolehkan pedagang menyertai program peruntukan modal broker secara percuma dan membuka peluang perkongsian keuntungan yang biasanya hanya tersedia di peringkat lebih tinggi – yang memberikan kelebihan eksklusif kepada pedagang untuk mempercepatkan perjalanan dagangan yang dibiayai.
“Mulai Ogos ini, Axi Select akan memberikan peluang kepada pedagang baharu dan sedia ada untuk meraih manfaat program ini seawal peringkat pertama,” Ujar Greg Rubin, Ketua Axi Select.. Beliau menambah, “Axi Select bukan sekadar janji – ia telah pun menunjukkan hasil. Pendekatan Axi yang berfokuskan pedagang, digabungkan dengan alat dan sokongan bertaraf tinggi, direka untuk memperkasakan potensi jangka panjang pedagang dalam pasaran. Malah, beberapa pedagang Axi Select telah mencapai tahap tertinggi dengan peruntukan dana sehingga USD 1,000,000”
Penyertaan dalam promosi ini adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk menyertai promosi ini, pedagang baharu perlu membuka akaun Axi Select, membuat deposit minimum sebanyak $500, dan mencapai peringkat Seed sama ada sebelum atau semasa tempoh promosi. Semua dagangan yang dibuat melalui akaun Axi Select akan disalin ke akaun peruntukan pedagang. Keuntungan yang dijana sepanjang tempoh ini akan dikenakan perkongsian keuntungan sebanyak 10%, yang akan dibayar secara automatik pada akhir bulan Ogos. Pelanggan sedia ada di peringkat Seed akan disertakan secara automatik dalam promosi ini – pedagang hanya perlu melaksanakan dagangan antara 1 hingga 31 Ogos untuk mengambil bahagian.
Ketahui lebih lanjut mengenai program peruntukan modal Axi Select di sini.
Perihal Axi
Axi merupakan sebuah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ulasan tambahan daripada Axi, sila hubungi: mediaenquiries@axi.com
Program Axi Select hanya tersedia untuk pelanggan AxiTrader Limited. CFD membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Dalam urusan kami bersama anda, kami akan bertindak sebagai rakan niaga utama kepada semua posisi anda. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami. Yuran perdagangan standard dan deposit minimum dikenakan.