VICTORIA, Seychelles, June 19, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka telah mengumumkan pelancaran Bitget PRO, sebuah program baharu yang direka untuk menyokong keperluan perdagangan institusi dan VIP. Program ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan operasi peserta pasaran dengan jumlah dagangan tinggi, menawarkan persekitaran perdagangan yang dioptimumkan dengan akses kepada yuran lebih rendah, faedah lebih baik, perkhidmatan jagaan dan pinjaman serta had frekuensi API yang lebih tinggi dan had pengeluaran yang telah ditingkatkan.
Pemertingkatan ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan modal secara cekap dan menyokong strategi perdagangan kompleks merentasi pelbagai keadaan pasaran. Bagi kriteria kelayakan, keperluan Bitget PRO adalah automatik, membolehkan pedagang yang layak mendapat akses mudah kepada manfaatnya. Penentuan kelayakan berlaku secara automatik pada jam 9:00 pagi (UTC+8) setiap hari, dengan faedah dan yuran yang berbeza mengikut tahap PRO yang berbeza. Tahap PRO 1 memerlukan 20% daripada jumlah dagangan pengguna dalam tempoh 30 hari terakhir datang daripada dagangan API. Sebaliknya, pengguna yang tidak memenuhi kriteria ini akan kembali ke status VIP. Selain itu, Bitget turut menawarkan program pembentukan pasaran dan broker, memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk terlibat dalam ekosistem platform.
“Pedagang institusi semakin mendorong momentum penerimaan kripto, membentuk naratifnya melalui skala, ketepatan dan strategi. Bitget PRO dibangunkan sebagai pusat utama bagi peserta terkemuka dalam dunia kripto—menawarkan keselamatan yang canggih serta ruang untuk bereksperimen dengan produk yang memenuhi permintaan yang semakin berkembang bagi pedagang frekuensi tinggi,” kata Gracy Chen, CEO Bitget.
Bitget PRO merupakan lanjutan daripada tawaran VIP. Sementara tahap VIP direka untuk pedagang manual dan runcit, program PRO pula dibangunkan khusus untuk perdagangan bertaraf institusi melalui API. Pengguna PRO menikmati kelebihan teknikal seperti had kadar transaksi yang lebih tinggi, akses keutamaan kepada sokongan operasi teknikal serta interaksi langsung dengan pasukan API Bitget bagi pengoptimuman berterusan. Selain had kadar API yang lebih tinggi, pengguna Bitget PRO juga akan mendapat akses kepada program pinjaman institusi, had pengeluaran lebih tinggi, sambungan pautan peribadi yang selamat serta lebih banyak akaun sub. Program baharu ini akan menawarkan pengalaman perdagangan yang lebih cekap bagi dagangan berskala besar, sejajar dengan matlamat Bitget untuk melayani pelanggan institusi dan pedagang VIP secara menyeluruh.
Awal tahun ini, Bitget memperkenalkan perkhidmatan Pinjaman Institusi dengan leveraj sehingga 5x bagi dagangan spot dan merancang untuk memperluaskannya kepada derivatif. Platform ini juga telah menaik taraf perkhidmatan OTC serta bekerjasama dengan penjaga aset seperti Cobo dan Fireblocks untuk mempertingkatkan keselamatan dan sokongan. Di samping itu, Bitget telah memperbaiki ciri Akaun Bersepadunya, membolehkan dagangan langsung merentasi pelbagai pasangan mata wang dalam satu akaun bagi pedagang berpengalaman. Langkah-langkah ini mencerminkan rancangan strategik Bitget dalam menyediakan ekosistem perdagangan yang menyeluruh dan bersedia untuk institusi.
Bitget PRO menandakan perkembangan terkini dalam usaha Bitget untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai bagi era baharu perdagangan aset digital. Seiring dengan peningkatan penyertaan institusi dalam pasaran kripto, Bitget kekal komited dalam menawarkan alat dan perkhidmatan yang selaras dengan keperluan pedagang programatik, berfrekuensi tinggi dan berskala besar.
Untuk maklumat lanjut tentang BITGET Pro, layari di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ebdbcc63-2ca1-42cc-a119-ca6e51437ee0