Arab Saudi Mempersembahkan Syarikat Pemula Berpotensi Menjadi Unicorn di VivaTech Paris, Menyerlahkan Kuasa Inovasi Kerajaan yang Kian Berkembang

Arab Saudi Mempersembahkan Syarikat Pemula Berpotensi Menjadi Unicorn di VivaTech Paris, Menyerlahkan Kuasa Inovasi Kerajaan yang Kian Berkembang

PARIS, June 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Monsha’at, Small and Medium Enterprises General Authority Arab Saudi, telah mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada lima syarikat pemula berpotensi menjadi unicorn untuk menyertai VivaTech 2025, pameran teknologi dan inovasi terkemuka di Eropah. Penyertaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Saudi Unicorns, selaras dengan Vision 2030 Arab Saudi, yang bertujuan membantu syarikat berpotensi tinggi dan berkembang pesat dalam sektor yang menjanjikan mencapai penilaian lebih dari $1 bilion.

Diadakan di Paris dari 11-14 Jun, acara berfokuskan inovasi selama empat hari itu menampilkan 13,500 pemula, 3,200 pelabur dan lebih daripada 165,000 peserta.

Memasuki tahun kesembilan, persidangan ini merupakan peluang penting bagi Monsha’at untuk memperkenalkan syarikat pemula berpotensi tinggi dari Arab Saudi kepada amalan terbaik global, pandangan industri serta rangkaian strategik dengan pihak berkepentingan utama di peringkat antarabangsa, mendapat perspektif baharu dan memperoleh kemahiran serta hubungan yang diperlukan ke peringkat global. Ia juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat tersebut berkongsi kisah kejayaan Arab Saudi dengan pelabur teknologi utama yang sejajar dengan komitment inisiatif Saudi Unicorns untuk mendorong pertumbuhan dan inovasi dalam ruang pemula Saudi.

“Penyertaan kami di VivaTech 2025 merupakan peluang yang luar biasa bukan sahaja untuk mempamerkan beberapa syarikat pemula muda terbaik dan idea inovatif daripada Kerajaan,” kata Saud Alsabhan, Timbalan Gabenor Keusahawanan di Monsha’at. “Ia juga merupakan peluang yang baik bagi beberapa usahawan teknologi terbaik kami untuk berkongsi cerapan tentang kejayaan ekosistem pemula Kerajaan yang berkembang pesat dengan pelabur dan inovator global terkemuka.”

Kohort Saudi yang diketuai oleh Monsha’at merangkumi lima pemula: Telgani, platform penyewaan kereta digital dengan lebih 3 juta pengguna; Soum, aplikasi jualan terpakai dengan lebih 6 juta muat turun; Webook, platform penglibatan digital yang telah memproses lebih $500 juta dalam transaksi acara; SiFi, yang menyediakan penyelesaian kewangan kepada lebih 500 syarikat Saudi; dan Rewaa, sebuah syarikat teknologi runcit yang melayani lebih daripada 7,000 pelanggan di seluruh Kerajaan. Syarikat-syarikat ini telah bersama-sama memperlihatkan dinamisme sektor e-dagang, pengangkutan, teknologi hiburan, teknologi kewangan dan teknologi runcit yang semakin berkembang di Arab Saudi.

Penyertaan syarikat-syarikat ini bertepatan dengan waktu momentum ekosistem PKS dan syarikat pemula di Kerajaan berkembang dengan sesat dan cergas. Pada S1 2025, sektor swasta Arab Saudi mencatatkan peningkatan 48% suku ke suku dalam pendaftaran komersial, mencapai 1.68 juta pendaftaran aktif di seluruh negara. Sektor pertumbuhan tinggi merangkumi e-dagang, yang menyaksikan peningkatan 6% kepada 41,322 entiti berdaftar serta pengkomputeran awan, yang melonjak 33% dalam tempoh yang sama.

Kehadiran Monsha’at di VivaTech 2025 mempamerkan komitmen kukuh Arab Saudi dalam memupuk keusahawanan, mempermudahkan kerjasama antarabangsa dan mempercepatkan pertumbuhan peneraju teknologi Saudi, terutamanya PKS.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2964197e-a08a-47d6-a91a-1adbc4bb3ba9

            
Scroll to Top