VICTORIA, Seychelles, Dec. 25, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3, telah berkongsi laporan ketelusan bulanannya yang menyerlahkan prestasi kukuh ekosistem pada bulan November 2024. Pasaran kripto menyaksikan peningkatan mendadak, dengan Bitcoin melonjak melepasi $106,000. Di Bitget, aliran ATH ini telah direplikasi, dengan Bitget Token (BGB) meningkat daripada kira-kira $1.44 kepada $1.70, menandakan peningkatan sekitar 18%. Aliran menaik ini didorong oleh pengembangan global Bitget dan pertumbuhan ketara dalam volum dagangan, penglibatan pengguna, dan keselamatan platform, terutamanya dengan pencapaiannya sebagai bursa ketiga terulung di seluruh dunia dalam dagangan niaga hadapan global.
Bitget mengekalkan lebih daripada 45 juta pengguna dengan volum dagangan harian sebanyak $10 bilion, manakala volum dagangan niaga hadapan USDT-M melonjak kepada $16 bilion dan volum dagangan spot harian meningkat dua kali ganda, mencecah $400 juta. Dana Perlindungannya yang berkembang pesat daripada lebih $400 juta kepada lebih $600 juta turut menyokong keselamatan yang kukuh dan kepercayaan pengguna terhadap platform ini.
Pada bulan November, token spot berprestasi terbaik Bitget memperlihatkan pertumbuhan yang mengagumkan, diterajui oleh UNICE pada 2666.71%. Selain itu, 13 token telah disenaraikan di Poolx dan 5 token antaranya turut dipaparkan dalam penyenaraian Pra-pasaran, mempamerkan minat yang kukuh dan jangkauan berganda untuk aset ini.
Bitget telah menganjurkan acara “Pitch n’ Slay” di Bangkok. Di bawah program Blockchain4Her Bitget, pertandingan ini memberikan pendedahan, modal dan bimbingan untuk usahawan wanita dalam ruang blockchain dan menawarkan peluang untuk mendapatkan pembiayaan sehingga $100,000 yang disediakan oleh Foresight Ventures. Pitch n’ Slay mempamerkan kuasa kerjasama dalam mewujudkan laluan inklusif untuk wanita dalam blockchain, sejajar dengan komitmen Bitget untuk memupuk ekosistem blockchain yang pelbagai dan berkembang maju.
Bitget memperkenalkan Pemindahan Bank VND di Vietnam. Usaha ini membolehkan pengguna mendepositkan VND melalui VietQR dan mengeluarkan dana melalui pindahan bank untuk membeli kripto popular seperti BTC, ETH, USDT, SOL dan BGB melalui ciri penukaran tunai Bitget.
Bitget Wallet memperkenalkan kit alat dagangan memecoin yang komprehensif, membolehkan pengguna menemukan token berpotensi tinggi, menganalisis data kritikal dan berdagang dengan lancar merentasi pelbagai rantaian. Selain itu, ia melancarkan Program Refer2Earn, menggalakkan pertumbuhan pengguna melalui pendapatan pasif, dan Program Sokongan Apl Mini Telegram bernilai $20 juta untuk memperkasakan pembangun dan memacu inovasi dalam ekosistem Telegram.
Prestasi kukuh Bitget menunjukkan ia bersinar semula sebagai pemain global terulung dalam industri kripto. Syarikat tersebut akan terus memberikan tumpuan kepada inovasi, penglibatan pengguna dan pengembangan pasaran dalam sektor kripto yang berkembang pesat, merapatkan CeFi dan DeFi secara berterusan serta memperluas akses kepada kewangan terdesentralisasi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laporan bulanan di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan rintisannya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan pelbagai lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika rugi. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepadaSyarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/44eb3496-f2b3-4044-a147-b66820609d72