OSL Memenangi Penyedia Perkhidmatan Aset Digital Terbaik di HFM Asia Services Awards 2024

OSL Memenangi Penyedia Perkhidmatan Aset Digital Terbaik di HFM Asia Services Awards 2024

HONG KONG, July 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — OSL, peneraju platform aset digital berperaturan dan anak syarikat OSL Group (863.HK) – satu-satunya syarikat yang tersenarai awam Hong Kong yang mengkhusus sepenuhnya kepada aset digital dengan sukacita mengumumkan pengiktirafan yang diperolehnya sebagai Penyedia Perkhidmatan Aset Digital Terbaik pada HFM Asia Services Awards 2024. Penganugerahan ini dengan jelas menunjukkan dedikasi OSL kepada sekuriti, pematuhan dan inovasi, menegaskan peranannya sebagai pemimpin yang dipercayai dalam pasaran aset digital global.

HFM Asia Services Awards, yang dianugerahkan oleh With Intelligence, adalah antara paling berprestij dalam sektor dana lindung nilai dan aset digital. Ia mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi, menawarkan penghargaan merentas industri kepada penyedia dana dan perkhidmatan yang berprestasi tertinggi dalam latar kewangan yang kompetitif.

Menurut Ryan Miller, Pengarah Urusan dan Ketua Jualan di OSL Digital Securities, semasa majlis penganugerahan tersebut, “Memenangi anugerah perkhidmatan HFM ini menyerlahkan kepimpinan OSL dalam menyediakan perkhidmatan perdagangan dan jagaan aset digital kepada firma kewangan tradisional dan juga klien korporat tempatan aset digital. Kami sangat teruja untuk terus meluaskan lingkungan dan memperkenalkan penyelesaian yang inovatif kepada firma sambil masing-masing memulakan langkah memasuki ruangan ini.”

Patrick Pan, Pengerusi Lembaga dan KPE OSL pula berkata, “Dengan lesen kami yang lama untuk mengendalikan VATP di Hong Kong, OSL terus menjadi peneraju dalam latar aset digital. Kami komited untuk terus melebarkan penawaran, mengukuhkan perkongsian dan memenuhi keperluan pasaran global dalam usaha kami mencorakkan masa depan kewangan digital.”

Di hadapan revolusi aset digital, OSL menyampaikan perkhidmatan canggih yang disesuaikan dengan keperluan para kliennya yang pelbagai. Komitmen OSL terhadap kecemerlangan terbukti pada pematuhannya kepada SOC Type 2 dan audit Big Four, menjadi penentu baharu ukur rujuk untuk standard kewangan dan operasi dalam industri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OSL, sila lawati osl.com

            
Scroll to Top