RIYADH, Arab Saudi, May 03, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — KFSH&RC berada di kedudukan teratas sektor penjagaan kesihatan di Kerajaan Arab Saudi dan Timur Tengah, mengiktirafnya sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai di rantau ini bagi tahun yang kedua. Berdasarkan laporan Brand Finance 2024, KFSH&RC berada di tempat ke-9 di Arab Saudi dan di tempat ke-28 di Timur Tengah. Selain itu, KFSH&RC menyerlah sebagai satu-satunya hospital di dunia yang diiktiraf sebagai jenama sepuluh teratas paling bernilai negaranya.
Laporan Brand Finance menunjukkan nilai jenama KFSH&RC telah meningkat sebanyak 31%, melebihi 5.6 bilion Riyal Arab Saudi, yang bersamaan dengan USD 1.5 bilion. Nilai ini meningkat hasil daripada komitmen teguh yang telah berikan oleh hospital dalam menggabungkan teknologi dan rawatan perubatan terkini, serta menyediakan penjagaan perubatan khusus yang mematuhi standard antarabangsa terkini.
Mengimbas pada pengiktirafan global KFSH&RC, En. Muhannad Kadi, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Pemasaran, berkata, “Pencapaian ini mencerminkan dedikasi hospital dalam mencapai standard kualiti paling tinggi dan menyediakan penjagaan kesihatan yang mengagumkan, serta nilai penting yang telah KFSH&RC diberikan kepada benefisiarinya”. Beliau menekankan bahawa kedudukan hospital yang berada di sepuluh teratas jenama paling bernilai di Arab Saudi bukan sahaja mempamerkan keberkesanan hospital, tetapi juga impak positif transformasi yang berterusan dalam sektor penjagaan kesihatan Kerajaan.
Sepanjang tahun lalu, KFSH&RC telah mencapai beberapa perkembangan penting yang telah memberikan sumbangan besar kepada kekuatan dan reputasi jenamanya. Perkembangan ini termasuk menjalankan empat eksperimen penemuan baharu dalam perubatan angkasa lepas, melakukan pemindahan hati secara robotik sepenuhnya yang pertama di dunia dan melancarkan perkhidmatan analisis penjujukan seluruh genom pesat yang tersedia untuk semua benefisiari. Tambahan lagi, KFSH&RC telah meraikan kejayaan rawatan pesakit leukemia limfoblastik 100 sel-T, bukti kepada keupayaan perubatan lanjutan dan dedikasi terhadap penjagaan pesakit.
Selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi dan program transformasinya yang telah diperkenalkan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi—yang bertujuan untuk memperkukuh kedudukan global Kerajaan dan memantapkan kedudukannya sebagai hab penjagaan kesihatan—KFSH&RC telah diiktiraf sebagai Pusat Perubatan Akademik teratas di Timur Tengah dan Afrika. Ia juga berjaya meraih tempat ke-20 secara global bagi dua tahun berturut-turut, pada tahun 2023 dan 2024, berdasarkan laporan Hospital 250 Teratas Global Brand Finance. Selain itu, KFSH&RC telah berada di kedudukan 250 teratas dalam Hospital Terbaik di Dunia oleh Majalah Newsweek.